WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Saturday, August 14, 2010

Rahsia penciptaan buah delima

Di
dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua-
duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima".
[Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3
kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu
dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali
pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya
di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica
granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria.
Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di
Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan
masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima
menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama
Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau
dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki
yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di
dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh
umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang
termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima
sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung
kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya
tipisyang
kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut
seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti
tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi
buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang
sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak
dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat
sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan
itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai
rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima
berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi
dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya
bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada
kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan
tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi
unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium
dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja
terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik,
buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna
dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai
buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al
Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik
untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru
keranaia
akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada
Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat
menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat
kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat
kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin
di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka
yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk
cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah
delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.
Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam
perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit,
sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok
delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan
melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan
ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma
yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan
dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah
dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis
alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang
mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak
seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut
ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang
tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan
dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta
batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit
lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini
kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu
sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat
tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis
penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia
bukanlah hanya sekadar
sebiji
buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan
penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus
ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan
perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang
diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai
waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai
rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai
kurniaan tersebut.

No comments:

Post a Comment