WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, August 22, 2010

Lagi khasiat DELIMA

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
Maksudnya :“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima”.

Buah delima atau dalam bahasa saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

• Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan sel darah merah.
• Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya.
• Membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk.
• Buah delima masam mampu mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.
• Biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima lalu ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

No comments:

Post a Comment