Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6) Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Saidina Ali ada berkata: “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”.
Buah delima baik untuk kerongkong, dada, dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.
Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Beraksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.
Antara kebaikannya yang lain:
-Baik untuk mengubati batuk
-Dapat mengubat radang usus
-Mengurangkan panas badan
-Mengatasi jantung berdebar
-Menghalang pembentukan sel kanser
-Mencantikkan kulit
-Mencegah dari nyanyuk
-Memberi tenaga
-Elok untuk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
-Elok untuk sistem penghadaman
-Mengurangkan berat badan
-Prevent morning sickness( utk org mengandung)
-Memperelokkan rahim
-Ubat cacing iaitu alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing yang melekat pada
dinding usus manusia melepaskan pegangannya
-Mengubat buasir iaitu airnya disapu kebahagian yang bengkak beberapa kali sehingga sembuh.
No comments:
Post a Comment