WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, August 15, 2010

Persoalan yang sering ditanya..

Q: Kenapa ianya dipanggil Pomepure?
A: Kami memanggil produk kami sebagai Pomepure kerana ianya merupakan produk 100% asli semulajadi dan pelanggan tahu apa yang sebenarnya mereka dapat tanpa perlu ragu-ragu. POME adalah singkatan kepada Pomegranate manakala PURE bermaksud 100% asli secara semulajadi. POMEPURE...

Q: Apa yang membuatkan Jenama Pomepure lebih bagus daripada syarikat lain?
A: Pomepure membekalkan jus Delima yang 100% jus asli secara semulajadi dan bukanlah dari Pekatan (Concentrated). Diperah daripada buah delima bermutu tinggi, tidak dicampur dengan air, atau tidak dikisar dan bebas dari semua perasa-perasa tambahan, pewarna, pemanis, pemantap dan lemak binatang.

Q: Kenapa pengguna memilih Pomepure berbanding daripada produk keluaran syarikat lain?
A: Jus kami diperakukan oleh pakar kesihatan dan nutrisi, dan pengguna-pengguna kami menggunakan jus kami untuk kesihatan. Selain itu, mereka tidak mahu menggunakan produk yang diproses dan mengalami kehilangan kuantiti kualiti asli di dalamnya.

Q: Apakan bukti yang menyokong jus Delima Pomepure diproses secara bersih dan halal?
A: Kami memang menitikberatkan kualiti jus yang dihasilkan bermutu tinggi dan asli secara semulajadi disokong dengan persijilan Halal, ISO9001:2000, HACCP 9000, SGF/IRMA dan mengikuti standard pembungkusan AIJN & RSK.

Q: Kenapa jus Delima anda mempunyai rasa yang berbeza?
A: Kami menggunakan jenis buah Delima yang berkualiti dan istimewa yang mana mempunyai rasa yang manis dan berkhasiat dan kami tidak perlu menambah apa-apa perisa tambahan atau bahan tambahan. Jus Delima kami tidak dikisar seperti lain-lain jus yang mana dapat di salahertikan oleh pengguna bahawa ianya 100% asli apabila ianya adalah hasil kisaran buah. Pembungkusan mereka boleh mengelirukan pengguna dengan menggunakan imej buah Delima yang mana membayangkan ianya hanyalah jus Delima dan tiada bahan tambahan.

Q: Kenapa jus Delima anda kadangkala mempunyai warna dan rasa yang berbeza?
A: Jus Delima kami adalah asli dan semulajadi seperti semua buah, kumpulan buah yang berbeza menyebabkan sedikit perbezaan warna dan rasa kerana ianya bergantung kepada kumpulan. Namun, ianya tidak memberi kesan terhadap kualiti dan rasa produk.

Q: Apakah perbezaan antara Jus Delima Pomepure 100% asli “ Pure Press” berbanding jus delima pekatan “Concentrated”?
A: Jus Delima Pomepure adalah 100% asli daripada proses perahan asli (Pure Press) dan dipasteurkan untuk mendapatkan jus yang keseimbangan nutriennya tidak diganggu. Berbanding dengan jus delima pekatan (concentrated) yang mengalami proses masakan akan mengalami kehilangan rasa dan nutrien asli dan ditambah air. Ini menyebabkan keaslian telah diganggu dan ia akan jauh lebih murah oleh kerana ditambah air.
Biasanya nisbah campuran Jus dengan Air adalah 1: 10 (jus : air), Oleh itu, pekatan jus tidak boleh menandingi jus asli 100% semulajadi.

Q: Kenapa jus Delima anda dipasteurkan?
A: Kami memasteurkan jus Delima kami untuk memastikan tiada bakteria/ mikro organisma dan jus Delima kami adalah selamat untuk digunakan, maka kami tidak perlu menggunakan mana-mana bahan tambahan atau pengawet.

Q: Berapakah tempoh tarikh luput Jus Pomepure?
A: Jus Pomepure kami mempunyai tarikh luput sehingga 18 bulan.

Q: Berapa banyakkah sepatutnya diminum jus tersebut?
A: Sebagai produk yang asli, ianya tidak digalakkan untuk digunakan dalam kuantiti yang besar pada sesuatu masa, oleh kerana produk kami adalah asli dan kaya dengan nutrien adalah di galakkan untuk menggunakan kira-kira 100 - 250ml pada suatu masa. Untuk kesihatan, adalah elok digunakan dalam kuantiti yang tetap setiap hari.

Q: Bilakah waktu yang sesuai untuk minum jus Delima Pomepure?
A: Waktu yang sesuai untuk mengambil Jus Delima Pomepure adalah waktu pagi dan juga sesuai diambil semasa berbuka puasa bersama dengan buah kurma.

Q: Adakah ibu mengandung boleh mengambil Jus Pomepure dalam diet harian mereka?
A: Sangat digalakkan kerana dengan meminum Jus Pomepure proses tumbesaran bayi dalam kandungan lebih bagus dan menyokong tumbesaran otak bayi.

Q: Adakah kanak-kanak boleh meminum Jus Pomepure?
A: Amat digalakkan kerana kandungan antioksida yang tinggi sangat membantu kanak-kanak melawan penyakit. Rasa yang sungguh sedap, manis, masam dan sedikit kelat pasti membuatkan anak-anak kita termimpi-mimpikan Jus POMEPURE..

No comments:

Post a Comment