WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, August 22, 2010

Delima ubati sakit mata

SELAIN pokok bunga atau sayuran, pokok buah-buahan turut dijadikan perhiasan di halaman rumah. Tidak kira pokok itu bersaiz besar ataupun kecil, ia tidak penting kerana selain dapat mengeluarkan buah ia juga sesuai dijadikati tempat berteduh.
Namun begltu, ada sesetengeh pokok buah-buahan turut mempunyai khasiat untuk kesihatan diri dan dapat digunakan merawat penyakit tertentu.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, pokok DELIMA dikatakan mempunyai khasiat tersebut.
Pokok itu yang dalam istilah botani dinamakan sebagai Punica granatum dikatakan sesuai untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.

“Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional,” kata Tajuddin ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat.
>Setelah itu tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja . Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa, hari.
“Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih. Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” kata Tajuddin.

Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.

No comments:

Post a Comment