Buah DELIMA termasuk tumbuh-tumbuhan kuno yang digunakan untuk mengubati berbagai penyakit sejak di masa lampau.Adapun bukti-buktinya adalah ditemukannya sejumlah tulisan-tulisan kuno yang terdapat di kuil-kuil dan dibawah tanah.Dalam catatan Ibris Thibbiyah disebutkan ,’Kulit buah DELIMA jika dijadikan ramuan dan diletakkan di sebuah pinggan dan dibagi air,kemudian dibiarkan hingga pagi hari.Kemudian disaring dengan kain dan airnya diminum,maka sari buah DELIMA itu akan menyembuhkan berbagai penyakit.
Dalam perubatan keluarga Firaun disebutkan .’Jika engkau mempunyai kulit buah DELIMA,maka lembutkan dan basahilah dengan air secukupnya,kemudian usapkan pada luka yang terdapat dikulit,maka dalam waktu singkat lukanya dapat sembuh.
a-Bangsa Rom mengatakan bahawa kulit buah DELIMA dapat melenyapkan cacing pita yang ada di dalam usus atau Tapeworm.Disebutkan pula bahawa kulit buah delima yang direbus hingga panas dapat membunuh cacing pita yang ada di dalam usus,kerana di dalamnya mengandung Pelletierine dan Isopelletierin.
b-Kulit luar buah DELIMA yang masam rasanya mengandungi zat Gallotannic acid yang sepat yang dapat mencegah cirit-birit.
c-Dikatakan juga bahawa kulit buah DELIMA yang dicampur dengan gula dapat menyembuhkan luka atau radang pada penghadaman,iaitu dengan cara meminummnya segelas setiap pagi.
d-Biji-biji buah DELIMA mengandungi berbagai vitamin.terutama vitamin A,B,C dan bahan-bahan gula,protein,kolestrol dan kemasaman,terutama kemasan Limonice.
e-Kemasaman Limonice yang terdapat dalam biji-biji buah DELIMA dapat mengurangi kadar kemasaman didalam air seni dan darah.Kemasaman tersebut dapat menghilangkan sisa-sisa makanan ke dalam tubuh,sehingga dapat merendahkan penyakit naqras dan radang persendian,terutama sekali dapat menjauhkan pembentukan batu dalam ginjal
f-Sari buah DELIMA adalah minuman yang berguna untuk melancarkan penghadaman,menambah protein,membersihkan darah,menurunkan panas pada seorang yang sakit panas.
No comments:
Post a Comment