Jus delima kini mungkin dapat membantu untuk mereka yang menghidap kencing manis mengurangkan risiko mereka untuk mendapat penyakit koronari.
Satu kajian baru yang menarik menunjukkan yang penghidap-penghidap kencing manis yang minum jus buah delima untuk tempoh selam tiga bulan mempunyai peluang yang lebih rendah untuk mendapat aterosklerosis (atau pengerasan arteri). Juga , jus buah delima juga akan melemahkan keupayaan penyerapan Kolesterol tidak baik (Ldl) oleh sel-sel imun pengidap kencing manis.
Mereka yang menghidap kencing manis mempunyai kadar yang lebih tinggi untuk mendapat aterosklerosis, yang menyumbang kepada penyakit jantung, strok dan penyakit-penyakit kardiovaskular lain.
Kajian-kajian ini menjelaskan yang antioksidan dalam jus pomegranite mungkin sangat berkesan dalam menurunkan risiko komplikasi koronari yang dikaitkan dengan kencing manis.
“Dalam kebanyakan jus, gula hadir dalam bentuk bebas dan berbahaya,” kata pakar perubatan Michael Aviram, dari Fakulti Technion Medicine di Haifa, Israel, dalam satu siaran berita. “Dalam jus buah delima , bagaimanapun, gula terikat kepada antioksidan-antioksidan yang unik, yang menyebabkan gula ini bertindak sebagai perlindungan menentang aterosklerosis.”
Mereka dengan kencing manis tidak mampu untuk bereaksi secara normal terhadap gula biasa dan biasanya dinasihati untuk mengawasi pengambilan makanan dan minuman yang tinggi dkandungan gula semula jadi atau gula yang diproses, termasuk juga jus-jus buah-buahan.
Dalam penyelidikan itu, yang dibincangkan dalam jurnal Atherosclerosis, pakar-pakar menganalisis kesan-kesan meminum jus delima pekat yang dihasilkan khas yang bersamaan dengan satu gelas normal jus delima baru(fresh), setiap hari untuk 3 bulan oleh 10 orang-orang dewasa yang sihat dan 10 orang dewasa yang menghidap diabetes(kencing manis) Type 2.
Minuman jus delima tidak menjejaskan paras kolesterol menyeluruh , bagaimanapun pakar-pakar menemui ia mengurangkan pengambilan Kolesterol Buruk – LDL yang dioksidakan oleh sel-sel imun, yang merupakan satu faktor penyumbang utama untuk aterosklerosis.
Walaupun jus buah delima mengandungi kadar gula yang serupa dengan jus-jus buah-buahan lain, Aviram menyatakan yang mereka agak terkejut dan seronok bila mendapati bahawa gula dalam jus buah delima tidak memburukkan penunjuk-penunjuk diabetes melitus, seperti tahap-tahap glukosa darah, dalam peserta-peserta yang menghidap kencing manis.
salam, sy interested..berapa duit ya?
ReplyDeletesalam...tinggal di mana?
ReplyDeletenaka tanya klu area klang valey bleh cod ker... sebotol myr?
ReplyDeleteboleh buat oder ngn sy..
ReplyDelete