WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Wednesday, January 25, 2012

PELAN PEMASARAN 2012

KEUNGGULAN PELAN PEMASARAN GEMILANG POMEPURE

1) Pelan yang adil tanpa perlu berpasangan kanan dan kiri.
2) Belian pengekalan yang serendah 150BV sahaja.
3) Kenaikan pangkat yang mudah.
4) Pangkat kekal dan tidak turun.
5) Tidak memerlukan “side maintain” untuk memperolehi bonus
6) Bonus Kepimpinan Pomepure yang Unggul dan terkini.
7) Tiada perselisihan dan konflik diantara rakan pengedar
8) Pengiraan Bonus berdasarkan sistem nilai mata BV
9) Royaliti terhebat untuk pengedar yang mencapai tahap pangkat tertinggi.

1. YURAN KEAHLIAN POMEPURE

Yuran keahlian sebanyak RM72.00 (Malaysia Barat), RM80.00 (Malaysia Timur) dan BND40.00 (Brunei). Status keahlian bersifat seumur hidup dengan syarat membuat belian peribadi sekurang-kurangnya 150BV dalam tempoh setahun. Seandainya tiada pembelian sekurang-kurangnya 150BV setahun, keahlian akan luput secara automatik.
Anda akan menerima;
i) Website Promosi (web referral)
ii) Kit Perniagaan
iii) Brochures
iv) Sticker Kereta
vi) Borang Keahlian
vii) Kad Keahlian

2. INSENTIF PERKEMBANGAN RUNCIT POMEPURE (10% - 55%)

Insentif ini diberikan kepada pengedar aktif yang berjaya mengembangkan dan membangunkan jaringannya dengan menjual Harga Runcit produk pembelian pertama kepada pengedar baru. Tindakan undang-undang seperti penggantungan atau pembatalan akaun akan diambil sekiranya pengedar didapati menjual pada harga yang lebih rendah dari harga yang ditetapkan.



3. BONUS PRESTASI POMEPURE – 20%

Bonus Prestasi dibayar mengikut perbezaan peratus berdasarkan pencapaian usahawan dalam jualan/belian peribadi dan perkembangan jualan dalam kumpulannya. Bonus dikira daripada jumlah Jualan Peribadi (PBV) pada setiap bulan mengikut jumlah pembelian wajib minimum seperti dalam jadual dibawah;



4. BONUS GENERASI POMEPURE – 17%

Bonus generasi dibayar sehingga 17% dan pengiraan berdasarkan kepada generasi dan peratus sehingga 7 generasi. Kelayakan untuk menikmati bonus generasi ini adalah anda mesti berpangkat “Manager” dan keatas. Dan anda wajib membuat belian pengekalan BV sebanyak 150BV (minimum) dalam sebulan mengikut pangkat.



5. BONUS KEPIMPINAN POMEPURE – 36%

Bonus Kepimpinan dibayar kepada pengedar yang berpangkat “Director” keatas sehingga 36% mengikut perbezaan peratus berdasarkan pencapaian peribadi usahawan dalam memimpin kumpulan jualan kumpulan terkumpul dan perkembangan pangkat dalam kumpulannya. Sistem “Compress Roll Up” digunakan untuk pengiraan bonus Kepimpinan ini. Minimum satu blok adalah 2500BV penghasilan dalam tempoh sebulan.





6. ROYALTI PENGARAH POMEPURE – 7.0% CTO

Anda layak menikmati royalti ini sekiranya anda telah mencapai pangkat peribadi “National Director” keatas. Apabila anda telah berpangkat seperti di dalam jadual dan membuat pengekalan BV bulanan minimum 300BV serta mempunyai kumpulan tajaan langsung aktif kelayakan seperti dalam jadual dibawah. Secara langsung Royaliti terhebat ini akan menjadi milik anda.
Pengiraan berdasarkan jumlah Jualan Terkumpul Bulanan BV Syarikat (CTO).


7. TABUNG BERSAMAMU GEMILANG POMEPURE

Tabung ini terbahagi kepada dua Tabungan, iaitu Tabung Khairat Kematian dan juga Tabung Bersamamu Gemilang Pomepure.

i) Tabung Khairat Kematian Gemilang Pomepure

Berperanan sebagai tabung bantuan untuk semua ahli Gemilang Pomepure sekiranya ditimpa musibah kematian. Tabung Khairat Kematian layak untuk semua ahli dengan syarat anda membuat belian peribadi 150BV untuk 6 bulan berturut-turut dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pendaftaran sebagai syarat asas untuk melayakkan anda memperolehi manfaat ini. Ahli yang ditimpa musibah akan menerima RM2.00 daripada semua ahli Gemilang Pomepure yang memperolehi bonus bulanan lebih daripada RM50.00. Derma sumbangan ini akan diambil secara automatik daripada bonus bulanan jika terdapat ahli yang ditimpa musibah pada bulan tersebut.

Contoh Pengiraan:
Jumlah ahli Gemilang Pomepure yang memperolehi bonus lebih daripada RM50.00 adalah 100,000 orang, Tabung Khairat Kematian yang bakal diperolehi adalah RM2.00 x 100,000 = RM200, 000.00 Dan sekiranya terjadi lebih daripada seorang yang ditimpa musibah pada bulan yang sama maka jumlah Tabung Khairat Kematian Terkumpul akan dibahagi secara PRO RATA.

ii) Tabung Pomepure Perihatin Bersamamu

Berperanan sebagai tabungan untuk aktiviti kemasyarakatan Gemilang Pomepure bersama ahli. Sumbangan sebanyak RM1.00 akan ditolak secara automatik daripada bonus bulanan setiap ahli Gemilang Pomepure dan dimasukkan kedalam Tabung Pomepure Perihatin Bersamamu. Tabungan ini digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan bersama syarikat atau badan kebajikan.

8. POMEPURE STOKIS BONUS

Stokis berperanan penting dalam kelangsungan perniagaan ini. Maka dengan itu sebagai tanda perniagaan yang sebenar kami merangka bonus yang istimewa kepada semua Stokis Mobile, Stokis Centre.

A. KELAYAKAN STOKIS CENTRE/ DAERAH

1. Permohonan perlantikan STOKIST CENTRE perlu dinyatakan secara jelas (surat permohonan bertulis secara berasingan jika perlu) termasuk mengisi maklumat dalam Kod Perjanjian Stokis dan setiap permohonan mestilah;

2. Mempunyai jumlah ahli rangkaian sekurang-kurangnya melebihi 50 orang yang berdaftar dan berpangkat “Director” keatas.

3. Berkemampuan mengurus serta berkebolehan dalam mengembangkan pasaran perniagaan di daerah tersebut;

4. Perlu membuat pembayaran pertama berjumlah RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) untuk pembelian Kit Niaga dan bekalan produk permulaan.

5. Membuat jualan ulangan minima iaitu RM 30,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) pada setiap bulan sahaja.

6. Sekiranya Stokis Centre gagal untuk membuat penjualan minimum seperti diatas dan gagal memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengedar ataupun pelanggan, syarikat berhak membenarkan lebih daripada satu Stokis Centre sekiranya perlu.

7. Stokis Centre akan menerima komisyen jualan Lima Belas Peratus (15%) daripada jualan nilai mata BV bagi setiap produk yang dijual.


B. KELAYAKAN STOKIS MOBILE

1. Permohonan perlantikan Stokis Mobile perlu dinyatakan secara jelas (surat permohonan bertulis secara berasingan jika perlu) termasuk mengisi maklumat dalam Kod Perjanjian Stokis dan setiap permohonan mestilah;

2. Mempunyai jumlah ahli rangkaian sekurang-kurangnya melebihi 15 orang yang berdaftar dan berpangkat Manager keatas.

3. Berkemampuan mengurus serta berkebolehan dalam mengembangkan pasaran perniagaan di daerah tersebut;

4. Perlu membuat pembayaran berjumlah RM 6,500.00 (Ringgit Malaysia Enam Ribu Lima Ratus Sahaja) untuk pembelian produk syarikat.

5. Membuat jualan ulangan minima iaitu RM 2,500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) pada setiap bulan sahaja;

6. Stokis Mobile akan menerima komisyen jualan Lima Peratus (5%) daripada jualan nilai mata BV bagi setiap produk yang dijual.

Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan, modal dan bonus stokis sila hubungi bahagian khidmat pelanggan/pemasaran syarikat.

No comments:

Post a Comment