WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Wednesday, January 25, 2012

kHAS UNTUK pesakit jantung

Pengkaji sains menemui bahawa jus delima mengurangkan LDL (kolesterol buruk) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik) sebanyak 20% pada manusia. Pengoksidaan LDL, dipercayai oleh pengkaji yang menjadi punca utama sakit jantung, berkurang sehingga 90%.
Hal ini memberikan harapan untuk mengelakkan atherosclerosis tetapi bagaimana dengan pembinaan plak yang muncul pada arteri boleh menyebabkan serangan jantung atau strok. Mujurlah kandungan jus delima dapat mengurangkan saiz plak pada arteri manusia. 19 pesakit yang berumur 65-75 tahun dengan arteri karotid stenosis keras (70-90% penyumbatan) diberikan 50 ml jus delima setiap hari. Penumpuan ini berpadanan kepada 8.3 auns 100% jus delima. Selepas setahun, ketebalan karotid arteri berkurang sebanyak 35%. Pada masa yang sama ketebalan arteri meningkat pada kumpulan plasebo.
sumber : healthfreedom

No comments:

Post a Comment