WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Wednesday, January 25, 2012

DELIMA UNTUK PESAKIT DIABETIS

Technion- Pengkaji Institut Teknologi berkata bahawa jus delima memberikan manfaat penting pada kesihatan untuk pesakit diabetis. Mengikut keputusan yang dikeluarkan pada isu Atherosclerosis pada Ogos 2006, subjek yang minum 180ml (6 oz.) jus delima sehari untuk 3 bulan akan merasai kekurangan risiko atherosclerosis, keadaan yang membawa kepada pengurangan pengerasan dan ketebalan dinding arteri. Atherosclerosis mencatat 80% kematian dari pesakit diabetis.
Pengkaji juga menemui bahawa pengambilan jus delima mengurangkan kadar penyerapan oksida LDL (kolesterol’buruk’) dengan banyaknya, sel imun serbaguna ini dikenali sebagai makrofaj. Serapan pengoksidaan LDL melalui makrofaj adalah faktor utama pembangunan atherosclerosis.
Penemuan yang menakjubkan, kata ketua pengkaji Fakulti Perubatan Technion, Prof. Michael Aviram, bahawa kandungan gula dalam jus delima tidak memburukkan parameter penyakit diabetes ( termasuk kadar gula darah) pada pesakit, malahan mengurangkan risiko.“ Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
Sumber : Persatuan Technion Amerika

No comments:

Post a Comment