WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, April 18, 2010

RAWAT DIRI ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN DELIMA

Kehebatan delima sudah diterima oleh dunia pada masa kini dimana masyarakat mendakwa ia dapat menurunkan berat badan, mengelakkan penyakit dan memperbaiki sistem pencernaan. Sememangnya fakta mengenai delima ini adalah betul, delima merupakan buah yang paling berguna. Ia dapat membersihkan toksin dalam badan. Jadi delima bukanlah buah yang biasa, ia dapat memberikan keajaiban pada kesihatan dengan mengekalkan badan yang sihat serta bebas daripada toksin sepenuhnya.

Delima adalah Agen Pembersihan yang berkesan kerana ia kaya dengan antioksidan lebih dari buah beri biru, anggur merah, teh hijau dan makanan lain yang mempunyai khasiat yang sama. Antioksidan yang utama dalam delima dikenali sebagai “Polyphenols”, dimana ia membuatkan sel darah putih menjadi kuat, banyak dan berkesan. Aliran sel darah putih melalui saluran darah dan memakan apa yang tidak diperlukan dan membuangnya sebagai bahan buangan.
Ini bermakna penggunaan delima menggalakkan lebih kitaran darah kepada lebihan sel, penurunan toksin di seluruh badan, termasuk yang menyebabkan kepada pembentukan lemak berlebihan dan selulit

No comments:

Post a Comment