WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, April 18, 2010

DELIMA: ANTIOKSIDAN KAMI LEBIH TINGGI

Delima diiktiraf sebagai sumber pemakanan hebat yang dapat melindungi jantung. Para saintis menunjukkan bahawa dengan meminum segelas jus buah delima dalam sehari dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung.

“Jus Delima mengandungi kapasiti antioksidan yang tertinggi berbanding jus lain seperti Wain Anggur Merah dan Teh Hijau,” kata Penyelidik.

Antioksidan adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuhan yang melindungi badan kita daripada terkena radikal bebas, iaitu bahan kimia yang boleh merosakkan sistem saluran darah.
Radikal bebas merubah paras kolestrol dikenali sebagai pengoksidaan, dimana ia akan menyebabkan saluaran darah (arteri) mengeras dan tersumbat.

Kajian Pusat Perubatan Rambam di Haifa mendapati jus buah Delima boleh memperlahankan hampir separuh pengoksidaan kolestrol dan mengurangkan penyimpanan kolestrol berbahaya (Low Density Lipoprotein - LDL).

Kesan daripada kolestrol berbahaya (LDL) akan membawa kepada luka atherosclerotic mendapan lemak/kolestrol yang mengeras akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.

“Antioksidan boleh melindungi kita melawan tekanan pengoksidaan yang dibawa oleh dunia pengindustrian seperti pencemaran, bahan kimia, virus dan bakteria, dan akan menyebabkan serangan jantung dan kanser”.
Kata Penyelidik

Kumpulan Penyelidik dari Amerika, menemui bahan di dalam jus delima dapat mengelak kemasukan virus HIV ke dalam sel yang boleh membawa jangkitan. Penyelidik membuat ujian ke atas dasar virus HIV yang berlainan dan menunjukkan mekanisma bagaimana ikatan virus terbentuk dan kesan jangkitan yang berkurang.

Pada tahun 2004, kajian di Jepun membuktikan bahawa oleh sebab kuantiti phyto-estrogen yang banyak (rawatan hormon secara semulajadi) delima diperlukan bagi menenangkan masalah utama wanita yang putus haid seperti perubahan emosi, osteoporosis, dan haba yang terbuang. Minyak daripada bijian dan daun menunjukkan bahan yang tinggi dalam hormon tumbuhan.

Asid lemak delima dapat membawa pembentukan “prostaglandins” dalam badan manusia. Prostaglandins merupakan hormon yang penting untuk metabolisma dan sistem ketahanan penyakit dimana ia terbentuk dalam badan.

Penyelidik mengatakan bahawa delima mengandungi Polyphenolics, Tannins dan Anthocyanins – kandungan yang membawa kebaikan kepada kesihatan.

Penyelidik juga berkata:
“Kajian menunjukkan pengambilan segelas jus delima setiap hari dapat meningkatkan fungsi pembuluh darah, mengurangkan pengerasan saluran darah dan membaiki kesihatan jantung”.

“Kami dapat simpulkan bahawa penggunaan jus delima bagi pesakit kencing Manis tidak membawa keburukan pada parameter kencing Manis, tetapi lebih membawa kepada kesan antioksidan dalam serum dan makrofaj, yang dapat merendahkan perkembangan atherosclerosis pesakit,”
Kajian Penyelidik.

Delima sememangnya sangat penting dalam nutrisi dan juga ubat untuk mencegah penyakit berbahaya, dipanggil “Rawatan Penyembuhan”

Pada 2400 tahun dahulu Hippocrates berkata:
“Jadikan makanan anda sebagai ubatan dan ubatan sebagai makanan anda”

No comments:

Post a Comment