Delima yang berasal dari Timur Tengah membekalkan antioksidan dan anti keradangan kepada kesihatan. Kanser prostat biasa dikenalpasti menyerang lelaki terutamanya di Amerika Syarikat. Setiap tahun lebih 30,000 lelaki dikenalpasti menghidapi kanser prostat dan 10,000 meninggal akibat penyakit ini.
Kajian menunjukkan Jus Delima berkesan terhadap barah berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas kulit tikus. Kajian daripada saintis barat menunjukkan sesiapa yang meminum jus delima setiap hari boleh menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.
“Bukti tambahan yang menunjukkan kandungan buah delima sangat berkesan sebagai ejen penentang kanser”
Kata Penyelidik.
Kumpulan penyelidik telah menjalankan suntikan sel kanser prostat manusia terhadap tikus. Satu kumpulan diberi air dan dua lagi diberi air tambahan dengan 0.1% @ 0.2% jus delima.
Tindak balas kanser perlahan ke atas tikus yang menerima sukatan jus delima yang tinggi. Kandungan darah menunjukkan penurunan prostat-spesifik antigen (PSA). Penanda digunakan untuk mengawal kanser prostat. Berdasarkan perbandingan yang di buat, barah akan membesar lebih cepat terhadap tikus yang hanya diberi air.
Berpandukan kajian Penyelidik menjelaskan
“Perkembangan tambahan membuktikan kandungan delima sangat berkesan terhadap kanser terutamanya kanser prostat. Ini adalah alasan yang baik untuk menjalankan ujikaji jus delima terhadap manusia, untuk menghalang dan mengubati penyakit ini”.
Pakar kanser prostat menyatakan ini adalah penemuan kajian yang banyak memberi kelebihan kepada lelaki yang mungkin dijangkiti kanser dan sesiapa yang telah dijangkiti penyakit ini.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran secara umumnya adalah kaedah diet yang sihat, kenapa tidak buah delima dipertimbangkan dalam menjadikannya sebahagian daripada amalan pemakanan diet yang sihat.
No comments:
Post a Comment