WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, April 18, 2010

DELIMA BOLEH MELAWAN KECACATAN OTAK PADA BAYI

Kajian ke atas tikus di Universiti Perubatan Washington mencadangkan bahawa meminum jus delima semasa hamil boleh mengurangkan ‘hypoxia ischemia’ yang berkaitan kecacatan otak pada bayi, Kata Penyelidik.
Hypoxia ischemia - satu keadaan yang di sebabkan oleh pengurangan aliran darah dan oksigen pada otak bayi menyebabkan kelahiran pra-matang dan lain-lain komplikasi semasa hamil. Ianya menyebabkan kecacatan pada otak bayi untuk 2 dari 1000 jangka penuh kelahiran manusia, dan mempunyai peratusan tertinggi bagi bayi pra-matang dilahirkan sebelum 34 minggu.

Kesan jangka masa panjang keadaan termasuk dari segi saiz, ‘hypoxia ischemia’ ‘encephalopathy’ dan kelumpuhan pada otak.

Kecacatan otak ‘hypoxia ischemia’ bagi bayi yang baru lahir amat sukar untuk dirawat, dan sekarang sedikit demi sedikit dapat dikurangkan atau di mansuhkan kesannya”kata penyelidik, ketua Jabatan Neurologi Universiti.

Kebanyakan usaha kita hanya tertumpu pada cara untuk memberhentikan penyakit, tapi jika kita mengubati setiap orang yang bermasalah kita boleh mengurangkan impak dari kecacatan ini.

Holtzman menyimpulkan bahawa penggunaan delima bagi wanita hamil delima adalah amat bermanfaat sebagai simbol alternatif untuk polyphenols daripada menggunakan wain merah, kerana kandungan alkohol didalamnya boleh meningkatkan risiko untuk kelahiran bayi.

Untuk mengkaji teori yang digunakan ke atas tikus, pengkaji memberikan tikus betina yang hamil dengan satu gelas air yang dicampur dengan 3 dos jus delima semasa 3 bulan terakhir kandungan dan tanpa menyusu selama 7 hari. Kumpulan yang dikawal diberi air putih, air gula dan air vitamin C.

Beberapa lama kemudiannya, mereka kekurangan tahap oksigen dan aliran darah dalam otak tikus berkurang. Prosedur yang menghasilkan kesan yang sama pada bayi manusia dengan kecacatan ‘hypoxia ischemia’.

Bahan-bahan kimia dapat mengesan kecacatan pada otak selepas 24 jam, dan selepas satu minggu peratusan tisu otak akan hilang. Bagi anak tikus yang ibunya diberi jus delima, tisu otak yang hilang tidak lebih daripada 60% kurang dalam tiga kawasan pemeriksaan (lapisan luar otak, hipokampus dan jaluran) dengan kesan terbaik dapat dilihat dengan menggunakan dos yang tinggi.

No comments:

Post a Comment