WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, April 18, 2010

DELIMA; ANUGERAH ILLAHI DARI SYURGA

Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141 dan surah Ar Rahman ayat 68.

Firman Allah SWT dalam surah Ar Rahman 68;
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 141;
"Dan dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima yang bersamaan (warna dan daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan) ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau"

Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk dalam buah Syurga.
“Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syurga”

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda yang ertinya,
“Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan”
(HR. Imam Ahmad)

Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima;
“Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana ia dapat menguatkannya”.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat
Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
selain daripada buah limau dan pic.

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, lemah tenaga batin, cepat tua dan barah.

No comments:

Post a Comment