WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, April 18, 2010

DELIMA SEBAGAI AGEN PENYEMBUHAN


Sepertimana yang ketahui bahawa penggunaan delima berfungsi dalam badan manusia untuk mencegah daripada pelbagai penyakit. Tetapi beberapa orang menyedari bahawa nutrisi dan antioksidan yang terdapat dalam delima turut bertindak sebagai Agen Penyembuhan. .

Delima banyak dikeluarkan dalam bentuk jus yang mempunyai rasa buah sebenar. Apabila memakan delima untuk tujuan penyembuhan, anda perlu memakan biji kerana ia mengandungi vitamin dan nutrisi yang tertumpu di dalamnya.

Membuang bijinya seperti membuang separuh daripada khasiat yang terdapat dalam delima.

Delima amat berguna terhadap sistem ketahanan badan kerana mempunyai sumber vitamin dan nutrisi yang berbeza. Kandungan potassium dan polyphenols membantu dalam mencegah radikal yang berbahaya dalam aliran darah. Delima juga mengandungi asid panthothenic dimana ia membantu sel mengambil alih oksigen dan menyahkan toksik.
Dan ia kaya dengan vitamin B dan C, yang mana ia telah lama dibuktikan dalam meningkatkan fungsi kekebalan (imun).

Ia adalah Agen Penyembuhan dalam satu buah sama dengan gabungan buah-buah yang lain.
Sekarang anda dapat melihat delima sebagai;

“DELIMA Sebagai sumber pemakanan yang hebat”

DELIMA MENURUNKAN BERAT BADAN

Delima merupakan makanan kesihatan yang terbaik dalam amalan rutin harian. Anda akan dapat menurunkan berat badan, menambah tenaga, rasa lebih selesa dan banyak lagi khasiat daripada penggunaan delima. Banyak produk delima yang berada dalam pasaran kini, tetapi anda perlu mengetahui keaslian khasiatnya.

Kami menyediakan satu produk delima (Pomepure) yang kini berada dalam pasaran. Sekarang ia bergantung kepada anda untuk membuat perubahan, kami hanya membantu anda untuk melakukan apa sahaja untuk membawa anda keluar dari masalah.

Delima kaedah penyelesaian terakhir menurunkan berat badan
Ramai orang mempunyai masalah berat badan berlebihan hari ini. Mereka sebenarnya menjadi mangsa. Langkah terbaik adalah bertindak balas. Untuk bertindak balas secara berkesan, anda perlu mempunyai senjata yang baik. Delima merupakan senjata yang terbaik yang boleh digunakan dalam untuk mengawal berat badan. Mari kita lihat bagaimana delima membantu anda dalam usaha menurunkan berat badan.

  1. Delima membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat, Delima menyumbang kepada kejayaan dalam menurunkan berat badan. Jus delima mempunyai banyak kelebihan jika anda bersedia untuk mencubanya. Delima berkeupayaan dalam membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Ini bermakna keputusan yang bakal anda perolehi tidak akan mengecewakan.
  2. Delima akan membakar lemak untuk anda, Delima menunjukkan keupayaannya dalam membakar lemak dengan cepat. Ia akan membantu anda merasa lebih selesa dalam masa yang sama
  3. Delima mampu mencegah rasa lapar, pemakanan menjadi penyebab kepada peningkatan berat badan. Untuk mencegah peningkatan berat badan, anda tidak boleh makan terlalu banyak. Delima merupakan langkah terbaik dalam mengawal pemakanan dan menghentikan kuantiti makanan yang tidak diperlukan
  4. Delima membantu anda dalam meningkatkan tenaga secara semulajadi, Delima adalah sejenis buah yang secara semulajadi berkeupayaan dalam meningkatkan tenaga bukan sahaja lelaki malahan juga untuk wanita.

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan kamu mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat.
Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan. Dan apabila kamu melangkah pada alat penimbang, lihatlah kejatuhan nombor-nombornya, kamu akan ketahui bahawa delima berkesan untuk membantu kamu mengurangkan lebihan berat. Sekarang kamu tahu bahawa delima adalah salah satu kaedah terbaik menghilangkan berat badan secara semulajadi, kamu sepatutnya tidak ragu-ragu untuk menambah makanan yang hebat ini dalam diet kamu.




DELIMA BOLEH MELAWAN KECACATAN OTAK PADA BAYI

Kajian ke atas tikus di Universiti Perubatan Washington mencadangkan bahawa meminum jus delima semasa hamil boleh mengurangkan ‘hypoxia ischemia’ yang berkaitan kecacatan otak pada bayi, Kata Penyelidik.
Hypoxia ischemia - satu keadaan yang di sebabkan oleh pengurangan aliran darah dan oksigen pada otak bayi menyebabkan kelahiran pra-matang dan lain-lain komplikasi semasa hamil. Ianya menyebabkan kecacatan pada otak bayi untuk 2 dari 1000 jangka penuh kelahiran manusia, dan mempunyai peratusan tertinggi bagi bayi pra-matang dilahirkan sebelum 34 minggu.

Kesan jangka masa panjang keadaan termasuk dari segi saiz, ‘hypoxia ischemia’ ‘encephalopathy’ dan kelumpuhan pada otak.

Kecacatan otak ‘hypoxia ischemia’ bagi bayi yang baru lahir amat sukar untuk dirawat, dan sekarang sedikit demi sedikit dapat dikurangkan atau di mansuhkan kesannya”kata penyelidik, ketua Jabatan Neurologi Universiti.

Kebanyakan usaha kita hanya tertumpu pada cara untuk memberhentikan penyakit, tapi jika kita mengubati setiap orang yang bermasalah kita boleh mengurangkan impak dari kecacatan ini.

Holtzman menyimpulkan bahawa penggunaan delima bagi wanita hamil delima adalah amat bermanfaat sebagai simbol alternatif untuk polyphenols daripada menggunakan wain merah, kerana kandungan alkohol didalamnya boleh meningkatkan risiko untuk kelahiran bayi.

Untuk mengkaji teori yang digunakan ke atas tikus, pengkaji memberikan tikus betina yang hamil dengan satu gelas air yang dicampur dengan 3 dos jus delima semasa 3 bulan terakhir kandungan dan tanpa menyusu selama 7 hari. Kumpulan yang dikawal diberi air putih, air gula dan air vitamin C.

Beberapa lama kemudiannya, mereka kekurangan tahap oksigen dan aliran darah dalam otak tikus berkurang. Prosedur yang menghasilkan kesan yang sama pada bayi manusia dengan kecacatan ‘hypoxia ischemia’.

Bahan-bahan kimia dapat mengesan kecacatan pada otak selepas 24 jam, dan selepas satu minggu peratusan tisu otak akan hilang. Bagi anak tikus yang ibunya diberi jus delima, tisu otak yang hilang tidak lebih daripada 60% kurang dalam tiga kawasan pemeriksaan (lapisan luar otak, hipokampus dan jaluran) dengan kesan terbaik dapat dilihat dengan menggunakan dos yang tinggi.

DELIMA; MELAMBATKAN PERTUMBUHAN SEL KANSER



Delima yang berasal dari Timur Tengah membekalkan antioksidan dan anti keradangan kepada kesihatan. Kanser prostat biasa dikenalpasti menyerang lelaki terutamanya di Amerika Syarikat. Setiap tahun lebih 30,000 lelaki dikenalpasti menghidapi kanser prostat dan 10,000 meninggal akibat penyakit ini.

Kajian menunjukkan Jus Delima berkesan terhadap barah berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas kulit tikus. Kajian daripada saintis barat menunjukkan sesiapa yang meminum jus delima setiap hari boleh menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Bukti tambahan yang menunjukkan kandungan buah delima sangat berkesan sebagai ejen penentang kanser”
Kata Penyelidik.

Kumpulan penyelidik telah menjalankan suntikan sel kanser prostat manusia terhadap tikus. Satu kumpulan diberi air dan dua lagi diberi air tambahan dengan 0.1% @ 0.2% jus delima.

Tindak balas kanser perlahan ke atas tikus yang menerima sukatan jus delima yang tinggi. Kandungan darah menunjukkan penurunan prostat-spesifik antigen (PSA). Penanda digunakan untuk mengawal kanser prostat. Berdasarkan perbandingan yang di buat, barah akan membesar lebih cepat terhadap tikus yang hanya diberi air.

Berpandukan kajian Penyelidik menjelaskan
“Perkembangan tambahan membuktikan kandungan delima sangat berkesan terhadap kanser terutamanya kanser prostat. Ini adalah alasan yang baik untuk menjalankan ujikaji jus delima terhadap manusia, untuk menghalang dan mengubati penyakit ini”.

Pakar kanser prostat menyatakan ini adalah penemuan kajian yang banyak memberi kelebihan kepada lelaki yang mungkin dijangkiti kanser dan sesiapa yang telah dijangkiti penyakit ini.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran secara umumnya adalah kaedah diet yang sihat, kenapa tidak buah delima dipertimbangkan dalam menjadikannya sebahagian daripada amalan pemakanan diet yang sihat.

ADAKAH DELIMA SEKUAT VIAGRA?

Delima menjadi simbol kesuburan bagi masyarakat Yunani, dan terkandung dalam kitab injil sebagai buah kesetiaan. Warna merah batu permata - seperti buah dan jus yang dikesan mempunyai anti kanser dan antioksidan yang tinggi yang ditemui dalam buah. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti viagra yang membantu dalam fungsi nafsu lelaki.
“Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan: berikan teman anda minuman jus delima”
Berdasarkan kajian terbaru, jus delima sebagaimana diketahui baik untuk melawan penyakit jantung, mendorong kepada peningkatan seks di kalangan lelaki.

“Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin (genitals).”Kata Penyelidik dari Universiti California.

Berdasarkan kajian klinikal mendapati bahawa, lelaki mati pucuk yang meminum secawan jus delima setiap hari mendapat tindak balas yang positif berbanding mereka yang meminum jus placebo. Kajian “crossover” dijalankan ke atas kumpulan lelaki dimana kedua-duanya diberi jus delima dan jus placebo selama empat minggu. Separuh daripada ereksi mudah untuk dikekalkan apabila meminum jus delima. Jus membantu meningkatkan peredaran darah pada alat kelamin, tindak balas pisikologi diperlukan untuk ereksi dan kepuasan seksual.

Berdasarkan kajian daripada Harin Padma-Nathan, MD, Profesor Klinikal Urologi di Sekolah Perubatan Keck, Universiti Southern California, “penemuan ini sangat menggalakkan tanpa serangan, tanpa dadah yang memberi kesan dalam kehidupan lelaki. Bagi lelaki yang mati pucuk, diet dan senaman amat penting. Meminum jus delima setiap hari adalah salah satu langkah terbaik dalam pengurusan diet harian.”
Tiada siapa yang menukar keyakinan anda terhadap Viagra dengan jus delima. Kebaikan daripada delima telah terbukti kepada lelaki dan wanita, dan anda akan merasai kelebihan seksual di luar jangkaan.

“Lelaki yang mahu meningkatkan persembahan di bilik tidur perlu meminum jus delima”,
kata Penyelidik.
Berdasarkan saintis dari Universiti California, segelas jus bertindak seperti Viagra. Penyelidik berkata jus ini kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengedaran darah pada alat kelamin.

DELIMA MENANGANI SERANGAN JANTUNG

Mengikut penyelidikan terkini, antioksidan yang terkandung dalam jus delima boleh mengurangkan pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah. Antioksidan adalah kandungan yang menghadkan kerosakan sel.

Para penyelidik telah menguji jus Delima ke atas tikus dan menemui kesan tindakan jus Delima ke atas pengerasan pembuluh darah (atherogenesis) dan penyakit berkaitan seperti serangan jantung dan strok.
Mengikut eksperimen yang dibuat, kami mendapati bahawa polyphenols (bahan kimia antioksidan) dan kandungan semulajadi lain yang terkandung dalam jus delima boleh melengahkan pembentukan atherogenesis.” Kata penyelidik, professor perubatan dan klinik patologi di Universiti Naples, Italy.

Delima merupakan buah yang kaya dengan flavanoid (juga ditemui didalam wain merah). Yang mana mempunyai kualiti perlindungan untuk jantung. Penyelidik terapeutik, di pusat kajian William Harvey di London, memberi panduan, satu gelas jus delima bersamaan dengan 2 gelas wain merah, 10 cawan teh hijau, 6 cawan koko atau 4 gelas jus kranberi, yang mana kesemuanya mengandungi flavanoid.

sakit jantung
sakit jantung2

Bukan dengan hanya bersandarkan pada kajian yang terawal, penyelidik daripada Universiti California, Institut Kajian Perubatan dan Pusat Perubatan California Pacific menjalankan kajian terbaru mereka, diterbitkan pada 16 september mengutarakan tentang kardiologi, adalah yang pertama untuk menilai kesannya keatas pesakit jantung koronari.(CHD)
Mereka membahagikan kepada 45 peserta dengan rawak, dan semua dari mereka menghidapi penyakit jantung koronari dan myocardial iscermia ke dalam 2 kumpulan. Satu kumpulan menerima 250ml (8.5 oz) jus delima setiap hari selama 3 bulan dan yang lainnya diberi placebo dengan jumlah kalori yang sedikit, perasa dan pewarna pada jumlah yang sama.

Penemuan mereka menunjukkan bahawa aliran darah ke jantung meningkat sebanyak 17 peratus bagi kumpulan yang diberi jus delima,dan merosot sebanyak 18 peratus bagi kumpulan yang diberi placebo. Para penyelidik perasan bahawa kebaikan ini adalah benar tanpa kesan negatif pada lipid, darah gula, hemoglobin A1C, berat badan atau tekanan darah.

“Sebagai kesimpulannya, penggunaan harian jus delima boleh meningkatkan rangsangan tekanan myocardial ischermia ke atas pesakit yang menghidapi CHD”
,jelas penyelidik

RAWAT DIRI ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN DELIMA

Kehebatan delima sudah diterima oleh dunia pada masa kini dimana masyarakat mendakwa ia dapat menurunkan berat badan, mengelakkan penyakit dan memperbaiki sistem pencernaan. Sememangnya fakta mengenai delima ini adalah betul, delima merupakan buah yang paling berguna. Ia dapat membersihkan toksin dalam badan. Jadi delima bukanlah buah yang biasa, ia dapat memberikan keajaiban pada kesihatan dengan mengekalkan badan yang sihat serta bebas daripada toksin sepenuhnya.

Delima adalah Agen Pembersihan yang berkesan kerana ia kaya dengan antioksidan lebih dari buah beri biru, anggur merah, teh hijau dan makanan lain yang mempunyai khasiat yang sama. Antioksidan yang utama dalam delima dikenali sebagai “Polyphenols”, dimana ia membuatkan sel darah putih menjadi kuat, banyak dan berkesan. Aliran sel darah putih melalui saluran darah dan memakan apa yang tidak diperlukan dan membuangnya sebagai bahan buangan.
Ini bermakna penggunaan delima menggalakkan lebih kitaran darah kepada lebihan sel, penurunan toksin di seluruh badan, termasuk yang menyebabkan kepada pembentukan lemak berlebihan dan selulit

DELIMA: ANTIOKSIDAN KAMI LEBIH TINGGI

Delima diiktiraf sebagai sumber pemakanan hebat yang dapat melindungi jantung. Para saintis menunjukkan bahawa dengan meminum segelas jus buah delima dalam sehari dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung.

“Jus Delima mengandungi kapasiti antioksidan yang tertinggi berbanding jus lain seperti Wain Anggur Merah dan Teh Hijau,” kata Penyelidik.

Antioksidan adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuhan yang melindungi badan kita daripada terkena radikal bebas, iaitu bahan kimia yang boleh merosakkan sistem saluran darah.
Radikal bebas merubah paras kolestrol dikenali sebagai pengoksidaan, dimana ia akan menyebabkan saluaran darah (arteri) mengeras dan tersumbat.

Kajian Pusat Perubatan Rambam di Haifa mendapati jus buah Delima boleh memperlahankan hampir separuh pengoksidaan kolestrol dan mengurangkan penyimpanan kolestrol berbahaya (Low Density Lipoprotein - LDL).

Kesan daripada kolestrol berbahaya (LDL) akan membawa kepada luka atherosclerotic mendapan lemak/kolestrol yang mengeras akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.

“Antioksidan boleh melindungi kita melawan tekanan pengoksidaan yang dibawa oleh dunia pengindustrian seperti pencemaran, bahan kimia, virus dan bakteria, dan akan menyebabkan serangan jantung dan kanser”.
Kata Penyelidik

Kumpulan Penyelidik dari Amerika, menemui bahan di dalam jus delima dapat mengelak kemasukan virus HIV ke dalam sel yang boleh membawa jangkitan. Penyelidik membuat ujian ke atas dasar virus HIV yang berlainan dan menunjukkan mekanisma bagaimana ikatan virus terbentuk dan kesan jangkitan yang berkurang.

Pada tahun 2004, kajian di Jepun membuktikan bahawa oleh sebab kuantiti phyto-estrogen yang banyak (rawatan hormon secara semulajadi) delima diperlukan bagi menenangkan masalah utama wanita yang putus haid seperti perubahan emosi, osteoporosis, dan haba yang terbuang. Minyak daripada bijian dan daun menunjukkan bahan yang tinggi dalam hormon tumbuhan.

Asid lemak delima dapat membawa pembentukan “prostaglandins” dalam badan manusia. Prostaglandins merupakan hormon yang penting untuk metabolisma dan sistem ketahanan penyakit dimana ia terbentuk dalam badan.

Penyelidik mengatakan bahawa delima mengandungi Polyphenolics, Tannins dan Anthocyanins – kandungan yang membawa kebaikan kepada kesihatan.

Penyelidik juga berkata:
“Kajian menunjukkan pengambilan segelas jus delima setiap hari dapat meningkatkan fungsi pembuluh darah, mengurangkan pengerasan saluran darah dan membaiki kesihatan jantung”.

“Kami dapat simpulkan bahawa penggunaan jus delima bagi pesakit kencing Manis tidak membawa keburukan pada parameter kencing Manis, tetapi lebih membawa kepada kesan antioksidan dalam serum dan makrofaj, yang dapat merendahkan perkembangan atherosclerosis pesakit,”
Kajian Penyelidik.

Delima sememangnya sangat penting dalam nutrisi dan juga ubat untuk mencegah penyakit berbahaya, dipanggil “Rawatan Penyembuhan”

Pada 2400 tahun dahulu Hippocrates berkata:
“Jadikan makanan anda sebagai ubatan dan ubatan sebagai makanan anda”

Kuasa Delima

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat
Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
selain daripada buah limau dan pic.

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, lemah tenaga batin, cepat tua dan barah.

DELIMA; ANUGERAH ILLAHI DARI SYURGA

Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141 dan surah Ar Rahman ayat 68.

Firman Allah SWT dalam surah Ar Rahman 68;
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 141;
"Dan dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima yang bersamaan (warna dan daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan) ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau"

Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk dalam buah Syurga.
“Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syurga”

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda yang ertinya,
“Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan”
(HR. Imam Ahmad)

Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima;
“Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana ia dapat menguatkannya”.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat
Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
selain daripada buah limau dan pic.

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, lemah tenaga batin, cepat tua dan barah.

KELEBIHAN JUS POMEPURE

Jus Pomepure adalah sumber yang kaya dengan kandungan ‘phytochemical’ untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna. Ia bukan sahaja merendahkan tahap kolestrol, tetapi juga merendahkan tekanan darah dan mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis). Jus Pomepure juga bagus untuk mengelakkan kanser payudara, kanser kelenjar pundi kencing, kanser usus, leukimia, dan juga untuk mengelak perubahan jantung yang ditumbuhi tumor.

DELIMA MEMBANTU MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Kebenarannya adalah tahap kolestrol yang buruk boleh membawa risiko yang buruk pada kesihatan. Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk. Kebaikan ini sahaja dapat memberi keajaiban pada kesihatan pengguna.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila kamu perlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, kamu perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
DELIMA MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
DELIMA MEMBERI DAN MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin)
DELIMA MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
DELIMA MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru yang utama mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries).
“Dalam kebanyakan jus, gula hadir secara bebas-dan berbahaya-bentuk,”
Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
DELIMA MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Ia hanya boleh dicapai dengan meminum jus delima atau mengambil supplement delima. Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima dimana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Ini adalah kajian terbaru yang diperolehi dari kebaikan jus delima. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
DELIMA MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Ini akan membawa kepada risiko jika manusia tidak mengendahkan kesihatan diri. Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
DELIMA MENGUATKAN KESIHATAN GIGI

Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

DELIMA MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)

Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE

Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.


DELIMA MELINDUNGI OTAK BAYI
Dalam kajian Pediatrik mendapati bahawa meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

DELIMA MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tingi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

DELIMA MELAWAN PENYAKIT GOUT

DELIMA MENGELAK PENYAKIT AWAL PAGI
(ALAHAN IBU MENGANDUNG)

DELIMA MENCANTIK DAN MERAWAT KULIT KEPELBAGAIAN VITAMIN

Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindakbalas bersama sodium, ‘potassium’ mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.