WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Friday, September 30, 2011

Kenapa Memilih Perniagaan Delima

Islam merupakan Agama yang saya anuti,agama samawi yang lengkap meliputi segala aspek dalam pelbagai samada dari aspek kerohanian, kebendaan dan jasmani. Islam bukan sahaja merupakan akidah semata-mata tetapi ia juga meliputi peraturan mengenai politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Rasulullah saw sendiri melaksanakan pemerintahan di Madinah Al-Munawwarah yang meliputi aspek-aspek ekonomi seperti mengadakan pasar muamalat secara Islam. Dari sini ekonomi Islam telah berkembang berdasarkan syariat Islam bagi membentuk peradaban dunia yang beretika dan berakhlak tinggi. Islam menyediakan sebuah sistem ekonomi yang sempurna di dalam mempergunakan sumber-sumber yang dikurniakan oleh Allah bagi memenuhi keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh semua manusia, serta menyediakan keadaan-keadaan yang dapat menjadikan kehidupan ini lebih selesa. Islam menganggap kekayaan sebagai satu amanah dari Allah dan mestilah digunakan dengan baik kerana ia adalah satu ujian akidah dan pemilikan manusia hanya sebagai pemegang amanah, yang diamanah dengan tujuan mencapai objektif-objektif Allah. Dua objektif yang terpenting ialah kesejahteraan manusia sejagat dan keadilan sosioekonomi.

Allah swt. memberikan sifat kepadanya, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya: "Dan sesungguhnya Alquran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya (Alquran) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji". (Fushshilat: 41-42) Di dalam ayat yang lain Allah juga mensifatinya dengan firman-Nya: "(inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu". (Huud: 1).

“Dan jika kamu meragukan (al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah: 23)

Saya memilih perniagaan Jus Delima kerana Delima itu sendiri Disebutkan didalam Ayat Quran secara jelas lagi nyata sepertimana Kurma Delima zaitun serta buah tin(tean). Sesungguhnya apabila kita menyebut atau membaca ayat quran dengan satu huruf Nescaya Allah memberikan pahala. Oleh yang demikian berdasarkan Al Quran ini yang merupakan sumber rujukan bagi seluruh umat Islam ,malah pengkaji barat juga menggunakan Al Quran bagi mencari intipati serta khazanah-khazanah alam didalammya yang dijadikan sumber perubatan serta teknologi.

Berdasarkan pembacaan ini maka benarlah janji allah dan penyelidikan -penyelidikan sama ada yang telah nyata terbukti malah
kajian -kajian baru memaparkan keajaiban keseluruhan buah delima. Mungkin anda semua tidak percaya bahawa biji /benih delima merupakan kekuatan atau kuasa besar buah delima. Apa pun perlu diketahui dari akar hingalah ke biji delima semuanya bermanafaat sebagai penawar kehidupan manusia .oleh itu menyertai perniagaan jus delima ini tidaklah merugikan kerana dari jus yang tersimpan elok terasa sedap hinggalah jus yang masam akibat kecuaian kita menyimpan pada suhu rendah ia tetap berguna dan berfeadah.cuma anda perlu tahu keadahnya,oleh itu kepada pembaca budiman sama-sama kita menjadi pengguna,peniaga serta penyeru kepada pemakanan disebut dalam Al Quran

No comments:

Post a Comment