Jaga Makanan Untuk Kesihatan Jantung
Minum jus Delima untuk bersih arteri tersumbat
Jantung, otot sebesar penumbuk, merupakan organ yang paling kuat bekerja di dalam tubuh kita. Sepanjang hayat, purata denyutannya kira – kira 2.5 bilion kali tanpa rehat. Pilihan yang kita buat setiap hari dalam kehidupan akan menentukan kemampuan jantung untuk berfungsi sepenuhnya.
Makanan memainkan peranan utma bagi kesihatan jantung. Diet dengan kandungan nutrien yang betul merupakan barisan hadapan pertahanan dalam mencegah penyakit jantung. Malah jika berlaku kerosakan arteri, sesetengah makanan mempunyai nutrien yang berkesan dalam menangguh, malah membalikkan, penyakit jantung.
Ketahuilah kebolehan memulihkan jantung yang ada pada makanan, pelajarilah bagaimana membebaskan jantung daripada penyakit, dapatkan fakta mengenai pemakanan dan penykit jantung yang tidak diberitahu oleh pakar jantung anda serta jalan ke arah kesejahteraan.
Makanan Untuk Membersih Arteri
Sesetengah makanan amat baik untuk membersihkan arteri yang tersumbat dan melancarkan peredaran darah.
Memandangkan aterosklerosis (saluran arteri mengeras) adalah proses penuaan semulajadi, maka memilih makanan yang baik dan teratur serta menjadikannya menu utama baik untuk kesihatan dalam jangka panjang. Malah, kajian mendapati arteri mula membersih dengan sendirinya apabila anda mula makan dengan teratur.
Berikut adalah sebahagian makanan yang melebarkan saluran darah, mengurangkan arteri tersumbat atau membantu membersihkannya.
Jus Delima
Segelas jus delima yang diminum setiap hari boleh membersihkan arteri dan melancarkan pengaliran darah.
Kajian yang dilaporkan dalam Proceedings of The National Academy of Sciences (2005) menunjukkan jus delima boleh mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan pada saluran darah, malah membalikkan perkembangan masalah ini.
Dalam kajian ke atas sel manusia yang melapisi saluran darah yang terdedah kepada stres fizikal secara berlebihan, misalnya berlaku kepada tekanan darah tinggi, sel – sel yang dirawat dengan jus delima didapati kurang mengalami kerosakan akibat stres.
Jus itu merangsang penghasilan nitrit oksida, iaitu bahan kimia yang membantu bukaan arteri dan membiarkan darah mengalir.
Ujian ke atas tikus pula mendapati jus delima jelas memperlahankan penebalan arteri yang berkembang akibat kenaikan paras kolestrol.
Menurut penyelidik, kesan jus delima ke atas pengerasan arteri adalah disebabkan oleh kandungan antioksidannya jauh lebih banyak daripada yang terkandung didalam jus – jus lain seperti beri biru, kranberi dan oren.
Antioksidan diketahui boleh melawan radikal bebas di dalam tubuh yang menyumbang kepada penimbunan plak.
Satu artikel yang diterbitkan di dalam American Journal of Cardiologi melaporkan pengaliran darah pesakit yang keras arterinya meningkat 17% selepas meminum jus delima setiap hari. Keperluan yang disarankan bagi kesihatan kardiovaskular yang baik ialah 20 ml (1 ½ sudu besar) jus pekat delima setiap hari.
Jus delima mengurangkan lesi aterosklerosis.
Satu kajian dari Institut Teknologi Technion-Israel menunjukkan proses pengoksidaan kolestrol (penyebab lesi aterosklerosis yang menyempitkan arteri dan menyebabkan penyakit jantung) diperlahankan sehingga 40% apabila subjek yang sihat meminum 2-3 auns jus delima setiap hari selama 2 minggu.
Jus itu juga mengurangkn bendungan LDL, kolesterol “buruk” yang membentuk lesi aterosklerosis selepas pengoksidaan.
“Buah delima terbukti sebagai antioksidan yang paling baik, berbanding tomato, Vitamin E dan bebeapa sumber makanan lain,” kata Profesor Michael Aviram dari Makmal Penyelidikan Lipid, Institut Teknologi Technion-Israel yang mengetuai pasukan tersebut.
Profesor Aviram terkenal di peringkat antarabangsa berhubung kajian mengenai kesan makanan terhadap penyakit jantung.
Beliau percaya, tidak mustahil ramai pesakit kardiovaskular yang berisiko tinggi tidak perlu menjalani pembedahan pintasan jantung dan karotid cuma dengan meminum jus delima.
Dalam kajian awalnya, apabila tikus yang mudah mendapat aterosklerosis diberi jus delima selama 11 minggu, arteri tikus itu hanya mempunyai separuh daripada lesi yang terdapat pada tikus yang tidak diberikan jus tersebut. Ini mengukuhkan lagi bukti bahawa jus delima mampu memperlahan atau mencegah pembentukan lesi dalam manusia.
Dalam kajian berikutnya yang menggunakan arteri manusia, Profesor Aviram menunjukkan ramuan aktif dalam buah delima bukan saja memperlahankan pengoksidan kolesterol tetapi sebenarnya meminimumkan bendungan dan agregasi kolesterol LDL, dua proses tambahan yang membentuk lesi aterosklerosis. Lesi ini berkurang jika kolesterol tidak terbendung, mengalami pengoksidaan dan akhirnya berkumpul.
Apabila subjek berhenti meminum jus delima, kebaikannya cuma bertahan selama sebulan sahaja.
Kajian terbaru Profesor Aviram membabitkan cuma 19 pesakit (5 wanita dan 14 lelaki, berusia antara 65 – 75 tahun) dengan masalah stenosis karotid arteri yang teruk. 10 pesakit dipilih untuk menerima 250ml (8.3 auns) 100% jus delima sehari, sementara 9 pesakit lain diberikan ubat penawar (plasebo).
Selepas setahun, pesakit yang meminum jus delima memperlihatkan peningkatan 9% dalam ketebalan arteri karotid mereka, bermakna arteri mereka menjadi semakin kurang tegar. Pesakit yang meminum jus menunjukkan penurunan ketebalan sehingga 35%.
Perubahan ini mula ketara dengan begitu pantas. Terdapat 13% penurunan cuma dalam tempoh 3 bulan meminum jus.
Selain itu terdapat beberapa kebaikan lain misalnya sementara tekanan darah kumpulan yang mengambil plasebo tidak berubah, tekanan sistolik (nombor atas) mereka yang meminum jus delima naik dari kadar purata 174 kepada 162 mm Hg dalam tempoh sebulan. Malah ia terus turun kepada purata 172 mm Hg menjelang 12 bulan.
Peminum jus juga mempunyai paras darah bagi kolesterol yang teroksida lebih rendah dan lebih banyak antioksidan.
Penemua itu mengesahkan penemuan terdahulu iaitu lesi aterosklerosis dalam tikus berkurang saiznya sebanyak 44% apabila diberikan jus delima-sumber-iltizam.tq
No comments:
Post a Comment