WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Wednesday, November 2, 2011

Khasiat Buah Delima

sumber -sudais
Pilihan makanan kita setiap hari dan cara hidup adalah penentu kesihatan dan kemampuan jantung untuk berfungsi sepenuhnya. Selain itu diet yang baik juga merupakan benteng pertahanan untuk mencegah penyakit jantung.

Mengikut pakar kajian kesihatan tentang jantung - jus delima yang diambil satu gelas setiap hari (20ml pati jus) mampu melambatkan proses penebalan arteri, membersih arteri tersumbat dan melancarkan peredaran darah.


Kajian yang telah dijalankan dan telah terbukti
Jus delima boleh mencegah pengerasan arteri apabila berlaku stress spt tekanan darah tinggi dengan mengurangkan kerosakan saluran darah malah menyembuhkan kerosakan itu.


Kajan keatas tikus menunjukkan jus delima dapat memperlahan penebalan arteri yang berkembang akibat kenaikan paras kolestrol


Sumber majalah Pengguna Pulau Pinang (CAP) lagi berita penuh dan detail disana

Menurut perubatan Islam dari pakar perubatan Ustaz Sharhan Shafie buah delima dapat merawat penyakit sengugut dan juga untuk kesuburan wanita dan kecerdasan minda. Sangat baik untuk ibu mengndung mengamalkan.

Kulit buah delima pula dapat merawat penyakit berkaitan dengan usus dan batu karang
Caranya dengan merebus kulit ( dari sebiji buah yang sempurna sifatnya atau tak rosak)
dengan 7 gelas air dan diminum selama 7 hari.

Denagn bacaan ayat dari Surah berikut
1-Alfatihah
2- Ayatul Kursi
3- Surah Al Anaam ayat 99 dan 141


وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ نَبَاتَ كُلِّ شَىۡءٍ۬ فَأَخۡرَجۡنَا مِنۡهُ خَضِرً۬ا نُّخۡرِجُ مِنۡهُ حَبًّ۬ا مُّتَرَاڪِبً۬ا وَمِنَ ٱلنَّخۡلِ مِن طَلۡعِهَا قِنۡوَانٌ۬ دَانِيَةٌ۬ وَجَنَّـٰتٍ۬ مِّنۡ أَعۡنَابٍ۬ وَٱلزَّيۡتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُشۡتَبِهً۬ا وَغَيۡرَ مُتَشَـٰبِهٍ‌ۗ ٱنظُرُوٓاْ إِلَىٰ ثَمَرِهِۦۤ إِذَآ أَثۡمَرَ وَيَنۡعِهِۦۤ‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكُمۡ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ (٩٩


وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ جَنَّـٰتٍ۬ مَّعۡرُوشَـٰتٍ۬ وَغَيۡرَ مَعۡرُوشَـٰتٍ۬ وَٱلنَّخۡلَ وَٱلزَّرۡعَ مُخۡتَلِفًا أُڪُلُهُ ۥ وَٱلزَّيۡتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُتَشَـٰبِہً۬ا وَغَيۡرَ مُتَشَـٰبِهٍ۬‌ۚ ڪُلُواْ مِن ثَمَرِهِۦۤ إِذَآ أَثۡمَرَ وَءَاتُواْ حَقَّهُ ۥ يَوۡمَ حَصَادِهِۦ‌ۖ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ (١٤١)

4- Surah Ar Rahman ayat 68

فِيہِمَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَنَخۡلٌ۬ وَرُمَّانٌ۬ (٦٨)

5- Selawat Syifa'


اللهمَّ صلِّ على سيدنا محمدٍ طبِّ القلوبِ ودوائِها وعافيةِ الأبدان وشفائها ونورِ الأبصار وضيائها وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

Insyaallah kita berusaha Allah menyembuhkannya

2 comments:

  1. Salam...
    Encik kalau nak berbisnes tak salah,
    tapi copy paste entry buah fikiran saya 100% tanpa meletakkan sumber dari link yang betul sangat tidak berhemah. Saya dah check sumber gayahidup.com memang tiada entry ni.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget