WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Friday, July 23, 2010

buAH deLIma dan penyakit Jantung dan Kanser

Faris al-Jabi,seorang ahli pertanian Palestin menegaskan bahawa pada tahun-tahun terakhir ini,dunia berusaha memperluas penanaman buah delima warna merah.

Selanjutnya al-Jabi menerangkan bahawa alasannya adalah kerana berbagai penelitian ilmiah menyebutkan bahawa buah delima banyak manfaatnya untuk kesihatan,kerana didalamnya terdapat unsur-unsur antioksida dan kemampuannya untuk melindungi jasmani dari berbagai penyakit jantung dan kanser.

Selanjutnya al-Jabi menerangkan bahawa perasa buah delima mampu memperluas katung-katung darah,lebih dari itu kemampuannya lebih dari kemampuan Viagra.Bahkan menurut penelitian terakhir ,dinyatakan bahawa buah delima mengandungi unsur-unsur yang dapat melindungi penyakit HIV aids.

Selanjutnya al-Jabi menerangkan bahawa ada sejumlah pusat-pusat pengajian ilmiah yang mempelajari sejumlah buah dan manfaatnya yang pernah disebutkan didalam kitab-kitab suci samawai,seperti buah tin,zaitun,anggur,kurma dan DELIMA.Setelah diselidik dan diteliti,ternyata buah-buahan tersebut mempunyai berbagai keistimewaan,khasnya bagi kesihatan dan kemampuanya menolak berbagai penyakit yang kronik

Menurut al-Jabi,berbagai pusat penanaman buah zaitun di dunia mengkhuartirkan meluasnya usaha penanaman buah DELIMA,sehingga dapat mengalahkan buah zaitun,yang demikian itu kerana permintaan perasan buah DELIMA,pengalengannya dan pengembangan perniagaannya makin lama makin bertambah banyak.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget