WELCOME

~AHLAN WASAHLAN~SELAMAT DATANG~ SYUKRAN JAZILAN~TERIMA KASIH~

Sunday, May 23, 2010

tahukah anda??

delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.

Khasiat buah Delima

1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3. Cara memanfaatkan Delima

* Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari
* Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam.
* Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.
* Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

DELIMA (Punica granatum)

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.

lagi Kebaikan Buah Delima

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
*dll

Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Monday, May 10, 2010

ATURAN MINUM JUS DELIMA POMEPURE

PAGI

AMBIL SEBELUM SARAPAN(SEELOK-ELOKNYA SEMASA PERUT KOSONG)ATAU waktu petang

50ML(DEWASA)1 CUP YANG TELAH DISEDIAKAN

20ML(KANAK-KANAK)

MALAM

AMBIL 1 JAM SEBELUM TIDO

5O ML(DEWASA)

20 ML(KANAK-KANAK)

GONCANG BOTOL JUS POMEPURE SEBELUM DIBUKA PENUTUPNYA

CAWAN HENDAKLAH DIPEGANG DENGAN SEBELAH KANAN

BACA BISMILLAH,SELAWAT 3 KALI SERTA NIAT UNTUK MEMOHON PENYEMBUHAN PENYAKIT KEPADA ALLAH S.W.T

MINUM DALAM KEADAAN DUDUK

MINUM DENGAN 3 NAFAS

SEMASA MINUM JUS,JANGAN BERNAFAS KE DALAM CAWAN.SETIAP KALI BERHENTI MINUM,ARAHKANPERNAFASAN KE TEMPAT LAIN

SETIAP KALI BERHENTI MINUM(PADA SETIAP NAFAS)BACALAH ALHAMDULILAH

KEMAM JUS BUAT SEMENTARA WAKTU SEBELUM MENELANNYA SECARA PERLAHAN-LAHAN

BAGI KANAK-KANAK(1 TAHUN KE ATAS)SEELOKNYA DIJADIKAN JUS (DIBANCUH BERSAMA AIR,50 ML PER 1 LITER)PADA WAKTU TENGAHARI KEATAS,JIKA MAHU TAMBAH GULA,GUNA GULA PERANG(BROWN SUGAR)

UNTUK MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN,DISARANKAN UNTUK MENGAMBIL UNTUK MENGAMBIL 50 ML JUS DELIMA POMEPURE BERSAMA TIMUN BATANG(DIBUANG BIJINYA TETAPI DIAMBIL KULITNYA)DAN DIJADIKAN JUS

untuk tambahan tenaga,disarankan untuk mengambil 50ml jus delima pomepure bersama tembikai dan dijadikan jus

UNTUK SEBARANG PENYAKIT KRONIK,DISARANKAN MENGAMBIL DALAM KUANTITI YANG KECIL/DICAMPUR DENGAN AIR(1:10),TETAPI KERAP.

SELEPAS SELESAI MINUM,SIMPAN SEMULA JUS DELIMA POMEPURE KE DALAM PETI SEJUK BAGI MENJAGA KEASLIAN PRODUK TERSEBUT

INSYALLAH DENGAN JUS DELIMA POMEPURE,ANDA AKAN MENIKMATI KESIHATAN YANG OPTIMUM DAN KERJAYA YANG CEMERLANG.

*JUS POMEPURE DIKLAFIKASIKAN SEBAGAI MINUMAN TAMBAHAN,BUKAN UBAT.INI ADALAH ATURAN YANG DICADANGKAN OLEH PIHAK SYARIKAT SAHAJA.WALLAHUA'LAM

Tuesday, May 4, 2010

pelbagai vitamin

Vitamin B13
(Asid Oratik membantu dengan pengeluaran bahan genetik dan mungkin memberi kebaikkan selepas serangan jantung. Ia juga digunakan dalam penyakit seperti sklerosis dan hepatitis yang kronik.)
Vitamin B17 (Nitrilosides, amygdalin, laetrile)
• mencegah sel kanser dari membiak dan antikanser
• boleh membantu dengan mengurangkan tekanan darah dan penyakit berkaitkan dengan arthritis
Vitamin P @ bioflavanoids
• Menjadikan saluran darah tidak tersumbat, termasuk meningkatkan kekuatan rerambut
• Mencegah pengumpulan plak aterosklerosis
• mempunyai anti-radang yang bertindak terhadap histamina
• membantu melindungi terhadap jangkitan dan penyakit saluran darah
• mengurangkan tekanan darah dengan menenangkan otot licin sistem kardiovaskular
• menghalang pertumbuhan tumor
• menghalang dari penyakit buasir, keguguran, kerapuhan rerambut, perdarahan hidung, retina pendarahan pada orang dengan kencing manis dan tekanan darah tinggi
• mengurangkan tahap kolesterol)
Vitamin T - Benefits And Food Sources
• memulihkan kesihatan untuk penyakit
• Integriti platelet dalam darah.
• Boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan yang lemah.
• Mengukuhkan sel-sel darah merah.
• berguna dalam pembekuan sel darah dan dalam pembentukan platelet itu.
• membantu untuk penyakit anemia dan hemofilia.




GARAM MINERAL
a) Calcarea Phosphorica (Kalsium Fosfat)
• Membantu tulang menjadi kuat dan sihat.
• Pemulihan selepas sakit, mengatasi masalah cepat pucat dan kurang darah merah.
b) Calcarea Flourica (Kalsium Florida)
• Membantu membina permukaan tisu, kulit, dan tulang. Mengatasi masalah buasir.
c) Calcarea Sulphurica (Kalsium Sulfat)
• Membersih darah, membantu dalam masalah luka lambat sembuh, jerawat, dan lain-lain masalah kulit
d) Ferrum Phosphorica (Iron Fosfat) -
• Ia berfungsi sebagai pembawa oksigen, membantu menghantar oksigen ke seluruh bahagian tubuh badan termasuk ke otak dengan lebih sempurna.
e) Kalium Phosphoricum (Kalium Fosfat)
• Membantu membina sel-sel otak menjadi positif, menajamkan mental dan fikiran.
• Berkeyakinan dan gembira.
• Memberi tenaga baru untuk belajar & bekerja. Juga dikenali sebagai makanan saraf
f) Kalium Sulphuricum (Kalium Sulfat)
• Membantu sel menerima oksigen daripada darah ke keseluruhan badan. Boleh digunakan untuk melebatkan rambut, asma, pengaliran darah yang cepat ke kepala, dan masalah haid.


g) Kalium Muriaticum (Kalium Klorida)
• Penawar bagi keadaan yang tidak cergas. Bertindak membersihkan darah. Mengatasi masalah selsema dan telinga.
h) Magnesium Phosphoricum (Magnesium Fosfat)
• Membantu menentang kekejangan (anti spasmodic) mencegah fiber saraf putih daripada mengecut, mengelak sawan, krem (kejang), gastrik dan melegakan rasa sakit dan bisa.
i) Natrium Muriaticum (Sodium Klorida)
• Berfungsi sebagai penyebar air dan mengawal darjah kelembapan dalam badan. Sesuai untuk mereka yang mengalami sindrom cepat penat, tidak bersemangat, dan mudah menghidapi selsema.
j) Natrium Sulphuricum (Natrium sulfat)
• Bertindak sebagai pembersih badan,untuk menyingkirkan bendasing yang tidak diperlukan.
• menyeimbangi air dalam badan.
• memelihara kesihatan jantung, dan memastikan kitaran air dalam badan dalam keadaan normal.
k) Silicea (Silicic Oxide)
• Berfungsi meningkatkan kecerdasan mental dan emosi.
• Sebagai agen pembersih dan boleh mengelakkan dari berlakunya penanahan. Menyembuhkan masalah melecur dan lain-lain masalah kulit.
• Mengurangkan masalah bau badan.
• Elok untuk masalah kuku dan permukaan tulang.

Pomepure: Kandungan Vitamin & Garam mineral

Vitamin adalah bahan organik bukan kimia yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil untuk menyelenggara fungsi metabolisma yang normal. Ia tidak dihasilkan di dalam tubuh, oleh itu, ia perlu diambil dari sumber luar. Diet seimbang yang merangkumi keempat-empat kumpulan makanan (bijirin, daging, hasil tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah mencukupi untuk membekalkan sumber vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh.

Vitamin terbahagi kepada dua, vitamin larut lemak dan yang larut dalam air. Vitamin larut lemak merupakan vitamin yang boleh disimpan dalam tubuh dan tidak perlu diambil setiap hari.

Vitamin Larut Air

Vitamin/Mineral

Sumber

Peranan Pada Tubuh

Kesan

Tiamina (Vitamin B1)

Biji bunga matahari, makanan dari bijirin dan kekacang kering

Perlu untuk metaboliesma karbohidrat dan otot. Meningkatkan fungsi saraf dengan sempurna.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa berada dalam kebimbangan, histeria, mengalami tekanan perasaan, hilang selera makan, kekejangan otot dan beri-beri yang teruk terutamanya bagi penagih alkohol.

Tiada kesan lebih dos yang diketahui tetapi lebihan pada satu vitamin B boleh menyebabkan kekurangan pada vitamin B yang lain.

Riboflavin (Vitamin B2)

Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan

Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.

Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung. Begitu juga masalah kesihatan.

Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.

Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.

Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).

Kekurangan:
Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.
Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.

Asid Pantotenik (Vitamin B5)

Terdapat dengan banyaknya dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin

Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.

Kekurangan:
Ulser pada manusia.
Lebih dos:
Sama seperti pada vitamin B1

Piridoksin (Vitamin B6)

Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang

Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.

Kekurangan:
Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.

Sianokobalamin (Vitamin B12)

Hanya boleh didapati daripada hasilan haiwan

Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah.

Kekurangan:
Boleh menyebabkan kekurangan darah (anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.

Biotin

Keju, kuning telur, bunga kobis dan mentega kacang.

Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme glukos dan pembentukan sesetengah asid lemak.

Kekurangan:
Masalah kulit pada bayi. Walaupun jarang berlaku pada orang dewasa, tetapi ia boleh dirangsang dengan mengambil putih telur dengan banyaknya akan menyebabkan kurang selera makan, cirit-birit, muntah-muntah dan kulit yang bersisik.

Asid Folik

Sayur berdaun hijau, jus oren, daging organ dan taugeh.

Penting untuk pembentukan bahan-bahan genetik dan juga metabolisme protein serta pembentukan sel-sel darah merah.
Nota: Pengambilan secara mencukupi semasa peringkat pertama kandungan boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi.

Kekurangan:
Merosakkan pembahagian sel darah merah, anemia, cirit-birit dan gangguan perut.
Lebih dos:
Sawan

Asid Askorbik (Vitamin C)

Buah sitrus, strawberri, brokoli, dan lada hijau.

Mengandungi antioksidan. Membantu menyatukan sel-sel tubuh dan menguatkan dinding saluran darah, mengekalkan kesihatan gusi dan membantu dalam penyerapan zat besi oleh usus.
Nota:Antioksidan dalam zat ini berkemungkinan boleh mengelakkan atau mengurangkan risiko sesetengah kanser, ia juga boleh mengurangkan kesan selsema.

Otot-otot menjadi lemah, gusi berdarah, mudah lebam dan kes skurvi yang teruk.

Larut dalam lemak :
Vitamin A

Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin D

Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E

Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Vitamin K

Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.